Nadias Hotel Cenang menghadap pantai yang tenang di Pantai Cenang, Langkawi. Ia menawarkan penginapan berhawa dingin yang selesa dengan WiFi percuma. Ia juga mempunyai sebuah kolam renang, restoran di lokasi dan bar jus.
Bilik-bilik di Nadias Hotel dilengkapi dengan TV skrin rata, bilik mandi peribadi dengan kemudahan pancuran mandian dan kelengkapan mandian percuma. Peti deposit keselamatan juga disediakan.
Nadias Hotel mempunyai kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam, surau, kedai runcit di lokasi dan perkhidmatan dobi. Anda boleh menyewa kereta atau basikal, atau mengatur aktiviti sukan laut di meja penyambut tetamu. Perkhidmatan pemindahan lapangan terbang juga boleh diatur.
Anda juga boleh menyewa perahu layar peribadi yang dikira secara jam. Parking peribadi disediakan di lokasi secara percuma.
Anda boleh menikmati minuman di Echo Pool Bar, atau mencuba pelbagai masakan antarabangsa di Nadias Café. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terletak 10 minit dari hotel ini. Terdapat juga pelbagai pilihan untuk menjamu selera dalam jarak 10 minit pemanduan.
Lihat Harga: http://bit.ly/NadiasHotelCenang
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.